Apabila seorang hamba yang beriman itu sakit, Allah berkata kepada ahli kanan (malaikat): Berikan ganjaran kepada hamba-Ku

TEKS BAHASA ARAB

إذا مرض العبد المؤمن قال الله عز وجل لصاحب اليمين: أجر لعبدي صالح ما كان عليه، وقال لصاحب الشمال: اقبض عن عبدي ما كان في وثاقي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba yang beriman itu sakit, Allah berkata kepada ahli kanan (malaikat): Berikan ganjaran kepada hamba-Ku yang soleh yang dulu dia biasa lakukan. Dan Allah berkata kepada ahli kiri (malaikat) pula: Tahan daripada hamba-Ku (catatan dosa) selagi mana dia dalam ikatan-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه -موقوفا عليه: ((إذا مرض العبد المؤمن، قال الله عز وجل لصاحب اليمين: أجر لعبدي صالح ما كان عليه، وقال لصاحب الشمال: اقبض عن عبدي ما كان في وثاقي.)) [الجوهري في ((فوائد منتقاة))، ((الضعيفة)) (2711)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, dan hadis ini terhenti secara mauquf padanya (terhenti sanadnya setakatnya para sahabat RA): ((Apabila seorang hamba yang beriman itu sakit, Allah berkata kepada ahli kanan (malaikat): Berikan kepada hamba-Ku ganjaran amalan soleh yang dulu (ketika sihatnya) dia biasa lakukan. Dan Allah berkata kepada ahli kiri (malaikat) pula: Lepaskan daripada hamba-Ku (catatan dosanya) selagi mana dia dalam perjanjian-Ku.))
[Riwayat al-Jawhari dalam Fawaid Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2711].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs