Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مرِضَ العبدُ المؤمِنُ قالَ اللهُ عزَّ وجلَّ لِصاحِبِ اليمينِ: أجرِ لعَبدي صالِحَ ما كان علَيهِ، وقال لصاحِبِ الشِّمالِ: اقبِضْ عَن عَبدي ماكان في وَثاقي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang hamba yang beriman itu sakit, Allah berkata kepada ahli kanan (malaikat): Berikan ganjaran kepada hamba-Ku yang soleh yang dulu dia biasa lakukan. Dan Allah berkata kepada ahli kiri (malaikat) pula: Tahan daripada hamba-Ku (catatan dosa) selagi mana dia dalam ikatan-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه -موقوفا عليه: ((إذا مرض العبد المؤمن، قال الله عز وجل لصاحب اليمين: أجر لعبدي صالح ما كان عليه، وقال لصاحب الشمال: اقبض عن عبدي ما كان في وثاقي.)) [الجوهري في ((فوائد منتقاة))، ((الضعيفة)) (2711)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, dan hadis ini terhenti secara mauquf padanya (terhenti sanadnya setakatnya para sahabat RA): ((Apabila seorang hamba yang beriman itu sakit, Allah berkata kepada ahli kanan (malaikat): Berikan kepada hamba-Ku ganjaran amalan soleh yang dulu (ketika sihatnya) dia biasa lakukan. Dan Allah berkata kepada ahli kiri (malaikat) pula: Lepaskan daripada hamba-Ku (catatan dosanya) selagi mana dia dalam perjanjian-Ku.)) [Riwayat al-Jawhari dalam Fawaid Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2711].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman