Apabila seorang hamba tidur dalam sujudnya, Allah Azzawajalla berbangga-bangga dengannya di hadapan para malaikatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا نام العبد في سجوده باهى الله عز وجل به ملائكته، قال: انظروا إلى عبدي، روحه عندي، وجسده في طاعتي!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba tidur dalam sujudnya, Allah Azzawajalla berbangga-bangga dengannya di hadapan para malaikatnya. Allah berfirman: Lihatlah kepada hamba-Ku ini, rohnya ada di sisi-Ku dan jasadnya berada dalam ketaatan kepada-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا نام العبد في سجوده باهى الله عز وجل به ملائكته، قال: انظروا إلى عبدي، روحه عندي، وجسده في طاعتي!)).
[تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (953)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang hamba tidur dalam sujudnya, Allah Azzawajalla berbangga-bangga dengannya di hadapan para malaikatnya. Allah berfirman: Lihatlah kepada hamba-Ku ini, rohnya ada di sisi-Ku dan jasadnya berada dalam ketaatan kepada-Ku.
[Riwayat Tammam dalam al-Fawā‘id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 953]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.