Apabila seorang hamba perempuan itu dibebaskan sedangkan dia masih menjadi isteri hamba lelaki

TEKS BAHASA ARAB

إذا أعتقت الأمة وهي تحت العبد، فأمرها بيدها، فإن هي أقرت حتى يطأها، فهي امرأته، لا تستطيع فراقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba perempuan itu dibebaskan sedangkan dia masih menjadi isteri hamba lelaki, maka keputusan berada di tangannya. Sekiranya dia masih kekal sehinggalah suaminya menyetubuhinya maka (hamba) wanita itu ialah isterinya, kamu tidak mampu untuk memisahkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis nombor 4746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الفضل بن الحسن بن عمرو بن أمية الضمري، قال: سمعت رجلا من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يتحدثون أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا أعتقت الأمة وهي تحت العبد، فأمرها بيدها، فإن هي أقرت حتى يطأها، فهي امرأته، لا تستطيع فراقه)).
[حم، ((الضعيفة)) (2335)].

(Lemah)
Daripada al-Fadhl bin al-Hasan bin ‘Amru bin Umayyah al-Dhamriyy dia berkata: Aku mendengar sekumpulan daripada sahabat Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang hamba perempuan itu dibebaskan sedangkan dia masih menjadi isteri hamba lelaki, maka keputusan berada di tangannya. Sekiranya dia masih kekal sehinggalah suaminya menyetubuhinya maka (hamba) wanita itu ialah isterinya, kamu tidak mampu untuk memisahkannya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2335].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.