Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا أُعْتِقَتِ الأَمَةُ وَهِي تَحتَ العبدِ، فأَمْرُهَا بيدِها، فَإِن هِيَ أَقَرَّتْ حَتى يَطَأَهَا، فهِيَ امْرَأَتُهُ، لَا تستطيعُ فِرَاقَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang hamba perempuan itu dibebaskan sedangkan dia masih menjadi isteri hamba lelaki, maka keputusan berada di tangannya. Sekiranya dia masih kekal sehinggalah suaminya menyetubuhinya maka (hamba) wanita itu ialah isterinya, kamu tidak mampu untuk memisahkannya.
Sahabat Perawi
- al-Fadhl bin al-Hasan bin ‘Amru bin Umayyah al-Dhamriyy
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis no. 4746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Fadhl bin al-Hasan bin ‘Amru bin Umayyah al-Dhamriyy dia berkata: Aku mendengar sekumpulan daripada sahabat Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang hamba perempuan itu dibebaskan sedangkan dia masih menjadi isteri hamba lelaki, maka keputusan berada di tangannya. Sekiranya dia masih kekal sehinggalah suaminya menyetubuhinya maka (hamba) wanita itu ialah isterinya, kamu tidak mampu untuk memisahkannya. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2335].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman