Apabila seorang hamba itu sampai umur 40, maka Allah akan meringankan hisabnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا بلغ العبد اَلْأَرْبَعِينَ؛ خفف اَللَّه عنه حسابه، فإذا بلغ الستين؛ رَزَقَه اَلله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة؛ ثبت اَلله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة، غفر اَللَّه له ما تقدم من ذنبه وما تَأَخَّرَ، وشفّعَه في أهل بيته، وكتب في أهل اَلسَّمَاء: أسير الله في أرضه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba itu sampai umur 40, maka Allah akan meringankan hisabnya. Apabila seorang hamba itu sampai umur 60, maka Allah akan mengurniakannya perasaan ingin bertaubat kepadanya. Apabila seorang hamba itu sampai umur 70, maka akan dikasihi penduduk langit. Apabila seorang hamba itu sampai umur 80 tahun, maka Allah akan menetapkan ganjaran kebaikannya dan menghapuskan daripadanya dosa-dosa. Apabila seorang hamba itu sampai umur 90 tahun, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang dulu dan akan datang serta memberi syafaat pada ahli keluarganya dan menulis pada penduduk langit: Tahanan Allah di bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis nombor 8840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم: ((إذا بلغ العبد اَلْأَرْبَعِينَ؛ خفف اَللَّه عنه حسابه، فإذا بلغ الستين؛ رَزَقَه اَلله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة؛ ثبت اَلله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة، غفر اَللَّه له ما تقدم من ذنبه وما تَأَخَّرَ، وشفّعَه في أهل بيته، وكتب في أهل اَلسَّمَاء: أسير الله في أرضه.)) [ع، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5983)]

(Munkar)
Daripada Uthman bin Affan RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila seorang hamba itu sampai umur 40, maka Allah akan meringankan hisabnya. Apabila seorang hamba itu sampai umur 60, maka Allah akan mengurniakannya perasaan ingin bertaubat kepadanya. Apabila seorang hamba itu sampai umur 70, maka akan dikasihi penduduk langit. Apabila seorang hamba itu sampai umur 80 tahun, maka Allah akan menetapkan ganjaran kebaikannya dan menghapuskan daripadanya dosa-dosa. Apabila seorang hamba itu sampai umur 90 tahun, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang dulu dan akan datang serta memberi syafaat pada ahli keluarganya dan menulis pada penduduk langit: Tahanan Allah di bumi.))
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5983].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.