Apabila seorang hamba itu sakit selama tiga hari maka dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا مرض العبد ثلاثة أيام خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba itu sakit selama tiga hari maka akan keluar dosa-dosanya daripada dirinya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مرض العبد ثلاثة أيام خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (2712)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila seorang hamba itu sakit selama tiga hari maka akan keluar dosa-dosanya daripada dirinya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2712).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.