Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مرِضَ العَبدُ ثلاثةَ أيَّامٍ خرجَ مِن ذنوبِهِ كَيومِ ولَدتهُ أمِّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang hamba itu sakit selama tiga hari maka akan keluar dosa-dosanya daripada dirinya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مرض العبد ثلاثة أيام خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (2712)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila seorang hamba itu sakit selama tiga hari maka akan keluar dosa-dosanya daripada dirinya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2712).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman