Apabila seorang hamba itu merendah diri (tawadu') maka Allah 'Azza wa Jalla akan mengangkat darjatnya sehingga ke langit ketujuh

TEKS BAHASA ARAB

إذا تواضع العبد رفعه الله عز وجل إلى السماء السابعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba itu merendah diri ( tawadu’), maka Allah ‘Azza wa Jalla akan mengangkat darjatnya sehingga ke langit ketujuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis nombor 702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا تواضع العبدُ، رفعه الله عز وجل إلى السماء السابعة. [الخرائطي في مكارم الأخلاق، الضعيفة (6983)]

(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila seorang hamba itu merendah diri (tawadu’), maka Allah ‘Azza wa Jalla akan mengangkat darjatnya sehingga ke langit ketujuh. [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6983]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.