Palsu Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تواضعَ العبدُ رفعَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ إلى السَّماءِ السابعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang hamba itu merendah diri ( tawadu'), maka Allah 'Azza wa Jalla akan mengangkat darjatnya sehingga ke langit ketujuh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis no. 702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا تواضع العبدُ، رفعه الله عز وجل إلى السماء السابعة. [الخرائطي في مكارم الأخلاق، الضعيفة (6983)]
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila seorang hamba itu merendah diri (tawadu'), maka Allah 'Azza wa Jalla akan mengangkat darjatnya sehingga ke langit ketujuh. [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6983]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman