Apabila seorang hamba itu mengambil secawan arak, nescaya iman dalam hatinya merayu-rayu kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا تناول العبد كأس الخمر؛ ناشده الإيمان من قلبه: سألتك بالله! أن لا تدخله علي؛ فإني لا أستقر أنا وهو في موضع واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba itu mengambil secawan arak, nescaya iman dalam hatinya merayu-rayu kepadanya: "Demi Allah, aku memohon kepadamu! Janganlah kamu memasukkannya kepadaku. Kerana sesungguhnya aku dan ia (arak) tidak boleh menetap pada satu tempat yang sama".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 419, hadis nombor 2257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا تَناولَ العبدُ كأسَ الخمرِ؛ ناشدَهُ الإيمانُ مِن قلبِهِ: سألتُكَ باللَّهِ! أن لا تُدْخِلَهُ عليَّ؛ فإنِّي لا أستقرُّ أَنا وَهوَ في موضعٍ واحدٍ». [ابن حبان في «الضعفاء»، ابن الجوزي، «الضعيفة» (5762)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila seorang hamba itu mengambil secawan arak, nescaya iman dalam hatinya merayu-rayu kepadanya: "Demi Allah, aku memohon kepadamu! Janganlah kamu memasukkannya kepadaku. Kerana sesungguhnya aku dan ia (arak) tidak boleh menetap pada satu tempat yang sama". [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5762].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.