Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang hamba itu mencecah usia empat puluh, Allah akan meringankan baginya hisabnya

Teks Bahasa Arab

إذا بلغَ العبدُ الأربعينَ؛ خفَّفَ اللَّهُ عنهُ حسابَهُ، فإذا بلغَ السِّتِّينَ؛ رَزقَهُ اللَّهُ الإنابةَ إليهِ، فإذا بلَغَ سبعينَ؛ أحبَّهُ أَهْلُ السَّماءِ، فإذا بلَغَ ثمانينَ سنةً؛ ثبَّتَ اللَّهُ حسَناتِهِ، ومَحا عنهُ سيِّئاتِهِ، فإذا بلَغَ تِسعينَ سنةً؛ غفرَ اللَّهُ لَهُ ما تقدَّمَ من ذنبِهِ وما تأخَّرَ، وشفَّعَهُ في أَهْلِ بيتِهِ، وَكُتبَ في أَهْلِ السَّماءِ: أَسيرُ اللَّهِ في أرضِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seorang hamba itu mencecah usia empat puluh, Allah akan meringankan baginya hisabnya. Lalu apabila dia mencecah usia enam puluh, Allah mengurniakannya (keinginan) kembali kepada-Nya. Lalu apabila dia mencecah usia tujuh puluh, Dia menjadikan penduduk langit mencintainya. Lalu apabila dia mencecah usia lapan puluh tahun, Allah mengekalkan kebaikannya dan menghapuskan buatnya keburukannya. Lalu apabila dia mencecah usia sembilan puluh tahun, Allah mengampunkan buatnya dosanya yang telah berlalu dan yang akan datang. Allah juga menerima syafaatnya buat ahli keluarganya, serta ditulis buat penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin 'Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516, hadis no. 2742.

(منکر) عن عثمان بن عفان - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا بلغ العبد الأربعين؛ خفف الله عنه حسابه، فإذا بلغ الستين؛ رزقه الله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة؛ ثبت الله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفعه في أهل بيته، وكتب في أهل السماء: أسير الله في أرضه». [أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5983)].

(Munkar) Daripada Uthman bin 'Affan RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba itu mencecah usia empat puluh, Allah akan meringankan baginya hisabnya. Lalu apabila dia mencecah usia enam puluh, Allah mengurniakannya (keinginan) kembali kepada-Nya. Lalu apabila dia mencecah usia tujuh puluh, Dia menjadikan penduduk langit mencintainya. Lalu apabila dia mencecah usia lapan puluh tahun, Allah mengekalkan kebaikannya dan menghapuskan buatnya keburukannya. Lalu apabila dia mencecah usia sembilan puluh tahun, Allah mengampunkan buatnya dosanya yang telah berlalu dan yang akan datang. Allah juga menerima syafaatnya buat ahli keluarganya, serta ditulis buat penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad al-Kabir dan Ibnu al-Jawzi dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5983].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.