Apabila seorang hamba itu berwuduk, nescaya berguguranlah dosa-dosanya sepertimana gugurnya daun-daun pokok ini

TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأ العبد، تحاتت عنه ذنوبه كما تحات ورق هذه الشجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang hamba itu berwuduk, nescaya berguguranlah dosa-dosanya sepertimana gugurnya daun-daun pokok ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364, hadis nombor 1942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان، قال: غزوت مع سلمان غزوة، فلما حضرت الصلاة، دعا بماء ثم تناول شجرة فحركها فتحات ورقها فقال: سلوني لم فعلت هذا؟ فسألوه، فقال: غزوت مع رسول الله ﷺ ففعل مثل هذا فقال: «إذا توضأ العبد، تحاتت عنه ذنوبه كما تحات ورق هذه الشجرة». [هب، «الضعيفة» (6984)].

(Lemah) Daripada Abu Uthman, beliau berkata: Aku telah berperang bersama Salman dalam satu peperangan. Tatkala tiba waktu solat, beliau meminta air kemudian memegang sebatang pokok lalu menggoncangkannya hingga daun-daunnya berguguran, lantas beliau berkata: "Tanyakanlah kepadaku mengapakah aku melakukan ini?". Lalu mereka bertanya kepadanya, dia pun menjawab: "Aku pernah menyertai perang bersama Rasulullah ﷺ dan baginda melakukan seperti ini lalu bersabda: "Apabila seorang hamba itu berwuduk, nescaya berguguranlah dosa-dosanya sepertimana gugurnya daun-daun pokok ini". [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab Al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6984].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs