Apabila seorang hamba berazam untuk meludah di masjid

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا هم العبد أن يبزق في المسجد اضطربت أركانه وانزوى كما تنزوي الجلدة في النار فإذا هو ابتلعها أخرج الله منه اثنين وسبعين داء وكتب له بها ألف حسنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila berazam seorang hamba untuk meludah di masjid maka akan bergegar tiang-tiang masjid dan bertahan sebagaimana bertahan kulit daripada api neraka dan jika dia menelan ludah tersebut maka Allah akan mengeluarkan daripadanya 72 penyakit dan menulis baginya 1000 kebaikan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar pentahqiq kitab ini iaitu, ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386) رحمه الله, terhadap hadis ini:


ذكره في الذيل عن الديملي، بسند فيه مجهولون

al-Suyuthi menyebutnya di dalam kitabnya al-Zail dari al-Daylami dengan sanad terdapat padanya perawi-perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs