Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang hamba berazam untuk meludah di masjid

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا هم العبد أن يبزق في المسجد اضطربت أركانه وانزوى كما تنزوي الجلدة في النار فإذا هو ابتلعها أخرج الله منه اثنين وسبعين داء وكتب له بها ألف حسنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila berazam seorang hamba untuk meludah di masjid maka akan bergegar tiang-tiang masjid dan bertahan sebagaimana bertahan kulit daripada api neraka dan jika dia menelan ludah tersebut maka Allah akan mengeluarkan daripadanya 72 penyakit dan menulis baginya 1000 kebaikan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis no. 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل عن الديملي، بسند فيه مجهولون

al-Suyuthi menyebutnya di dalam kitabnya al-Zail dari al-Daylami dengan sanad terdapat padanya perawi-perawi yang tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.