Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جلَسَ القاضي في مَكانِهِ، هبطَ علَيهِ ملَكانِ يسدِّدانِهِ ويوفِّقانِهِ ويُرْشِدانِهِ، ما لم يَجُرْ، فإذا جارَ عرَجا وترَكاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang hakim duduk di tempatnya, akan turun dua malaikat membetulkannya, membantunya dan memberikan panduan kepadanya selagi mana dia tidak melakukan kezaliman, maka apabila dia melakukan kezaliman maka mereka berdua (kedua-dua malaikat itu) akan terbang dan meninggalkannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis no. 4266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جلس القاضي في مكانه، هبط عليه ملكان يسددانه ويوفقانه ويرشدانه ما لم يجر، فإذا جار عرجا وتركاه)). [هق، خط، ((الضعيفة)) (2539)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hakim duduk di tempatnya, akan turun dua malaikat membetulkannya, membantunya dan memberikan panduan kepadanya selagi mana dia tidak melakukan kezaliman, maka apabila dia melakukan kezaliman maka mereka berdua (kedua-dua malaikat itu) akan terbang dan meninggalkannya. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2539]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman