Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مُدِحَ الفاسقُ غضبَ الرَّبُّ واهتزَّ لذلِكَ العرشُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang fasiq itu dipuji, maka Tuhan akan murka serta ‘Arasy akan bergegar disebabkannya (perbuatan memuji orang fasiq).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis no. 866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas bin Malik - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Apabila seorang fasiq itu dipuji, maka Tuhan akan murka serta ‘Arasy akan bergegar disebabkannya (perbuatan memuji orang fasiq). [Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-‘Awali, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman