Apabila seorang fasiq itu dipuji, maka Tuhan akan murka

TEKS BAHASA ARAB

إذا مدح الفاسق غضب الرب، واهتز لذلك العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang fasiq itu dipuji, maka Tuhan akan murka serta Arasy akan bergegar disebabkannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179 hadis nombor 910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا مدح الفاسق غضب الرب، واهتز لذلك العرش.
[أبو الشيخ الأصبهاني في ((العوالي))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، خط، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة) (1399)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang fasiq itu dipuji, maka Tuhan akan murka serta Arasy akan bergegar disebabkannya.
[Riwayat Abu al-Syaikh al-Asbahani dalam al-’Awali, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1399]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs