Apabila seorang daripada kalian datang untuk menunaikan solat, maka janganlah dia rukuk di belakang saf

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أتى أحدكم الصلاة فلا يركع دون الصف حتى يأخذ مكانه من الصف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang daripada kalian datang untuk menunaikan solat, maka janganlah dia rukuk di belakang saf sehingga dia mengambil tempatnya di dalam saf.

STATUS

Lemah secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 348, hadis nombor 1834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مرفوعا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أتى أحدكم الصلاة فلا يركع دون الصف حتى يأخذ مكانه من الصف)).
[الطحاوي، ((الضعيفة)) (977)]

(Lemah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)) Daripada Abū Hurairah RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang daripada kalian datang untuk menunaikan solat, maka janganlah dia rukuk di belakang saf sehingga dia mengambil tempatnya di dalam saf.
[Riwayat al-Ṭaḥāwī dalam Syarḥ Ma‘ānī al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 977]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.