Apabila seorang dari kamu berkahwin, maka mintalah untuk melihat rambutnya sepertimana melihat wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا تزوج أحدكم المرأة فليسأل عن شعرها، كما يسأل عن وجهها، فإن الشعر أحد الجمالين


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila seorang dari kamu berkahwin, maka mintalah untuk melihat rambutnya sepertimana melihat wajahnya, kerana rambut itu salah satu daripada dua kecantikan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن أبي هريرة، وفي إسناده: الحسن بن علي بن زكريا العدوي، وهو المتهم به، نوفي إسناده أيضا: ابن علاثة وهو يروى الموضوعات .
وأخرجه الديلمي من حديث علي وفي إسناده: إسحاق بن بشر الكاهلي. وهو كذاب.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abi Hurairah, di dalam sanadnya terdapat perawi bernama al-Hasan bin Ali bin Zakariya al-‘Adawi sedangkan dia dituduh berdusta, juga terdapat pada sanadnya: Ibn ‘Ulathah yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.
Al-Dailami meriwayatkan daripada hadith Ali, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ishaq bin Bisyr al-Kahili sedangan dia pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs