Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إذا تزوج أحدكم المرأة فليسأل عن شعرها، كما يسأل عن وجهها، فإن الشعر أحد الجمالين
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila seorang dari kamu berkahwin, maka mintalah untuk melihat rambutnya sepertimana melihat wajahnya, kerana rambut itu salah satu daripada dua kecantikan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن أبي هريرة، وفي إسناده: الحسن بن علي بن زكريا العدوي، وهو المتهم به، نوفي إسناده أيضا: ابن علاثة وهو يروى الموضوعات . وأخرجه الديلمي من حديث علي وفي إسناده: إسحاق بن بشر الكاهلي. وهو كذاب.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abi Hurairah, di dalam sanadnya terdapat perawi bernama al-Hasan bin Ali bin Zakariya al-‘Adawi sedangkan dia dituduh berdusta, juga terdapat pada sanadnya: Ibn ‘Ulathah yang meriwayatkan hadith-hadith palsu. Al-Dailami meriwayatkan daripada hadith Ali, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ishaq bin Bisyr al-Kahili sedangan dia pendusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman