Apabila seorang ayah melihat kepada anaknya lalu dia berasa gembira dengannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا نظر الوالد إلى ولده فسره كان للولد عتق نسمة، قيل: وإن نظر في اليوم ثلاثمائة وستين نظرة؟ قال: الله أكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang ayah melihat kepada anaknya lalu dia berasa gembira dengannya, maka bagi anak itu pahala membebaskan seorang hamba. Lalu ditanyakan: “Meskipun ayah itu dalam sehari melihat kepada anaknya itu sebanyak 360 kali?” Baginda SAW telah bersabda: “Allah Maha Besar”.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 44, hadis nombor 174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا نظر الوالد إلى ولده فسره كان للولد عتق نسمة، قيل: وإن نظر في اليوم ثلاثمائة وستين نظرة؟ قال: الله أكبر)).
[ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، طب، طس، هب، الشجري، ((الضعيفة)) (2716)]

(Sangat Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang ayah melihat kepada anaknya lalu dia berasa gembira dengannya, maka bagi anak itu pahala membebaskan seorang hamba. Lalu ditanyakan: “Meskipun ayah itu dalam sehari melihat kepada anaknya itu sebanyak 360 kali?” Baginda SAW telah bersabda: “Allah Maha Besar.”
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Makārim al-Akhlaq, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Shajarī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2716]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs