Apabila seorang anak yatim menangis

TEKS BAHASA ARAB

إذا بكى اليتيم؛ وقعت دموعه في كف الرحمن تعالى فيقول: من أبكى هذا اليتيم الذي واريت والديه تحت الثرى؟ من أسكته؛ فله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang anak yatim menangis, air matanya jatuh di atas tangan al-Rahman, lalu Dia berfirman: Siapa yang membuatkan anak yatim ini menangis, yang mana kedua ibu bapanya Aku kebumikan di bawah tanah? Sesiapa yang membuatkan dia berhenti menangis, maka baginya syurga.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2045, hadis nombor 10290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا بكى اليَتيمُ؛ وقعَت دموعُه في كفِّ الرَّحمنِ تعالى فيقولُ: مَن أبكى هذا اليتيمَ الَّذي وارَيتُ والدَيهِ تحتَ الثَّرى؟ مَن أسكَتَهُ؛ فلَهُ الجنَّةُ.
[خط، ((الضعيفة)) (5851)]

(Dusta)
Daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seorang anak yatim menangis, air matanya jatuh di atas tangan al-Rahman, lalu Dia berfirman: Siapa yang membuatkan anak yatim ini menangis, yang mana kedua ibu bapanya Aku kebumikan di bawah tanah? Sesiapa yang membuatkan dia berhenti menangis, maka baginya syurga.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5851]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs