Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang anak Adam itu tidur, malaikat berkata kepada syaitan: Berikan kepadaku lembaranmu

Teks Bahasa Arab

إذا نام ابنُ آدمَ؛ قال: المَلِكُ للشيطانِ: أعطني صحيفتَك. فيُعطيهِ إياها، فما وجد في صحيفتِه من حسنةٍ؛ محا بها عشرَ سيئاتٍ من صحيفةِ الشيطانِ، وكتبهنَّ حسناتٍ (!)، فإذا أراد أحدُكم أن ينامَ؛ فليُكبِّرْ ثلاثًا وثلاثين تكبيرةً، ويحمدْ أربعًا وثلاثين تحميدةً، ويُسبِّحْ ثلاثًا وثلاثين تسبيحةً، فتلك مئةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seorang anak Adam itu tidur, malaikat berkata kepada syaitan: "Berikan kepadaku lembaranmu", maka dia pun memberikan ia kepadanya. Maka apa yang termasuk kebaikan yang ditemukan oleh malaikat pada lembarannya, dia akan memadamkan, dengan sebab (kebaikan) itu, sepuluh kejahatan daripada lembaran syaitan. Lalu dia menulisnya (kejahatan tadi sebagai) kebaikan (!). Justeru, apabila salah seorang kalian ingin tidur, maka bertakbirlah sebanyak tiga puluh tiga takbir, bertahmidlah sebanyak tiga puluh empat tahmid dan bertasbihlah sebanyak tiga puluh tiga tasbih. Maka itulah (jumlahnya) seratus.

Sahabat Perawi

  1. Abu Malik al-Ash'ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516-517, hadis no. 2745.

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا نام ابن آدم؛ قال: الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيفته من حسنة؛ محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات (!)، فإذا أراد أحدكم أن ينام؛ فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة». [طب، وفي «مسند الشامين»، «الضعيفة»(5610)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash'ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila seorang anak Adam itu tidur, malaikat berkata kepada syaitan: "Berikan kepadaku lembaranmu", maka dia pun memberikan ia kepadanya. Maka apa yang termasuk kebaikan yang ditemukan oleh malaikat pada lembarannya, dia akan memadamkan, dengan sebab (kebaikan) itu, sepuluh kejahatan daripada lembaran syaitan. Lalu dia menulisnya (kejahatan tadi sebagai) kebaikan (!). Justeru, apabila salah seorang kalian ingin tidur, maka bertakbirlah sebanyak tiga puluh tiga takbir, bertahmidlah sebanyak tiga puluh empat tahmid dan bertasbihlah sebanyak tiga puluh tiga tasbih. Maka itulah (jumlahnya) seratus. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5610].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.