Apabila seorang alim mahukan redha Allah dengan ilmu, setiap sesuatu akan takut kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن العالم إذا أراد بعلمه وجه الله، هابه كل شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila seorang alim mahukan redha Allah dengan ilmu, setiap sesuatu akan takut kepadanya

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 286, hadis nombor 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: معضل. ولأبي الشيخ بلفظ: من خاف الله، خاف منه كل شيء، ومن لم يخف الله خوَّفه من كل شيء. وهو منكر.

Dalam al-Mukhtasar disebutkan hadith ini mu’dhal (putus sanad berturut-turut). Dalam lafaz riwayat Abi as-Sheikh: Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua benda akan takut kepadanya. Dan sesiapa yang tidak takut kepada Allah SWT, Allah akan menjadikannya takut kepada semua benda. Hadith ini mungkar (terlalu dhaif).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs