TEKS BAHASA ARAB
إذا تم فجور العبد، ملك عينيه، فبكى بهما ما شاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila sempurna kejahatan seseorang hamba, dia akan menguasai kedua-dua matanya, lalu dia menangis dengan kedua-duanya apa sahaja yang dikehendaki.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis nombor 9908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عقبة بن عامر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا تم فجور العبد، ملك عينيه، فبكى بهما ما شاء)).
[عد، ((الضعيفة)) (1631)]
(Munkar) Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila sempurna kejahatan seseorang hamba, dia akan menguasai kedua-dua matanya, lalu dia menangis dengan kedua-duanya apa sahaja yang dikehendaki.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1631]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.