[Terdapat Perawi Pendusta Pada Sanadnya]
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام وإذا سلم رمضان سلمت السنة.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila selamat hari Jumaat maka selamat hari-harinya dan apabila selamat Ramadhan maka selamatlah tahun tersebut.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
[Terdapat Perawi Pendusta Pada Sanadnya]
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat Abdul Aziz bin Aban dan dia adalah seorang pendusta. Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu‘ab melalui jalan al-Daraqutni. Abu Nu‘aim meriwayatkan di dalam al-Hilyah dengan sanad yang lain bukan melalui jalan al-Baihaqi dan padanya terdapat perawi bernama Ahmad bin Jumhur dan dia dituduh sebagai berdusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman