Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا بَلَغَ البُنْيَانُ سَلْعًا؛ فَاخْرُجْ مِنْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila sebuah bangunan telah sampai Bukit Sela (gunung berdekatan Madinah) maka keluarlah darinya.
Sahabat Perawi
- Ummu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1900, hadis no. 9551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم ذر - رضي الله عنها -، قالت: والله ما سير عثمان أبا ذر ولكن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: إذا بلغ البنيان سلعا؛ فاخرج منها. [ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5719)]
(Lemah) Daripada Ummu Zar Ra. Beliau berkata: Uthman tidak pernah menghalau Abu Zar akan tetapi Rasulullah SAW bersabda: Apabila sebuah bangunan telah sampai bukit Sela (gunung berdekatan Madinah) maka keluarlah darinya. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5719]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman