Apabila sampainya (waktu) isyak dan makan malam, kalian mulakanlah dengan makan malam

TEKS BAHASA ARAB

إذا حضر العشاء والعشاء فابدؤوا بالعشاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila sampainya (waktu) isyak dan makan malam, kalian mulakanlah dengan makan malam.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 95, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "إذا حضر العشاء والعشاء فابدؤوا بالعشاء".
لا أصل له بهذا اللفظ. قاله العراقي.

Dan hadis: "Apabila sampainya (waktu) isyak dan makan malam, kalian mulakanlah dengan makan malam".
(Hadis ini) tidak ada asal baginya dengan lafaz ini. Al-‘Iraqi menyebutkan yang demikian.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs