Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أتَى على العبدِ أربعونَ سنةً ، يجبُ عليهِ أن يخافَ اللهَ -تعالى- ويحذرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila sampai pada seseorang hamba empat puluh tahun, wajib ke atasnya untuk takutkan Allah -Ta’ala- dan gerun pada-Nya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis no. 9969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أتى على العبد أربعون سنة يجب عليه أن يخاف الله -تعالى- ويحذره)). [فر، ((الضعيفة)) (2200)]
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Rasulullah bersabda: “Apabila sampai pada seseorang hamba empat puluh tahun, wajib ke atasnya untuk takutkan Allah -Ta’ala- dan gerun pada-Nya”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2200].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman