Apabila sampai kepada kalian sebuah hadis daripadaku yang kamu belum ketahuinya, maka ucapkanlah: Allah lebih mengetahui

TEKS BAHASA ARAB

من رد حديثا بلغه عني؛ فأنا مخاصمه يوم القيامة، وإذا بلغكم عني حديث ولم تعرفوه؛ فقولوا: الله أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

[Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka persiapkanlah sebuah rumah kecil (tempat) di dalam neraka] dan sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan memusuhinya pada hari kiamat dan apabila sampai kepada kalian sebuah hadis daripadaku yang kamu belum ketahuinya, maka ucapkanlah: Allah lebih mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298 – 1299, hadis nombor 6642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكرعدا ما بين معقوفتين)
عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: [من كذب علي متعمدأ، فليتبوأ بيتا في النار]، ومن رد حديثا بلغه عني، فأنا مخاصمه يوم القيامة، وإذا بلغكم عني حديث ولم تعرفوه، فقولوا: الله أعلم.
[طب، ((الضعيفة)) (6773)].

(Munkar kecuali ayat di dalam dua kurungan)
Daripada Salman RA, katanya: Baginda SAW bersabda: [Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka persiapkanlah sebuah rumah kecil (tempat) di dalam neraka] dan sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan memusuhinya pada hari kiamat dan apabila sampai kepada kalian sebuah hadis daripadaku yang kamu belum ketahuinya, maka ucapkanlah: Allah lebih mengetahui.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6773].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs