Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ رَدَّ حَدِيثًا بَلَغَهُ عَنِّي؛ فَأَنَا مُخَاصِمُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِذَا بَلَغَكُمْ عَنِّي حَدِيثٌ وَلَمْ تَعْرِفُوهُ، فَقُولُوا: اللّهُ أَعْلَمُ.
Teks Bahasa Melayu
[Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka persiapkanlah sebuah rumah kecil (tempat) di dalam neraka] dan sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan memusuhinya pada hari kiamat dan apabila sampai kepada kalian sebuah hadis daripadaku yang kamu belum ketahuinya, maka ucapkanlah: Allah lebih mengetahui.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298 - 1299, hadis no. 6642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكرعدا ما بين معقوفتين) عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: [من كذب علي متعمدأ، فليتبوأ بيتا في النار]، ومن رد حديثا بلغه عني، فأنا مخاصمه يوم القيامة، وإذا بلغكم عني حديث ولم تعرفوه، فقولوا: الله أعلم. [طب، ((الضعيفة)) (6773)].
(Munkar kecuali ayat di dalam dua kurungan) Daripada Salman RA, katanya: Baginda SAW bersabda: [Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka persiapkanlah sebuah rumah kecil (tempat) di dalam neraka] dan sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan memusuhinya pada hari kiamat dan apabila sampai kepada kalian sebuah hadis daripadaku yang kamu belum ketahuinya, maka ucapkanlah: Allah lebih mengetahui. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6773].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman