Apabila salah seorang kamu telah selesai berwuduk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا فرغ أحدكم من طهوره فيشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، ثم يصلي علي، فإذا قال ذلك فتحت له أبواب الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu telah selesai berwuduk, ucapkanlah syahadah bahawa, ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta Rasul-Nya’. Kemudian hendaklah dia berselawat ke atasku. Sekiranya dia mengucapkannya, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis nombor 1357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا فرغ أحدكم من طهوره فيشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، ثم يصلي علي، فإذا قال ذلك فتحت له أبواب الجنة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2634)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu telah selesai berwuduk, ucapkanlah syahadah bahawa, ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta Rasul-Nya’. Kemudian hendaklah dia berselawat ke atasku. Sekiranya dia mengucapkannya, akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2634]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.