Apabila salah seorang kamu menulis surat kepada seseorang, hendaklah dia memulakan dengan dirinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كتب أحدكم إلى أحد فليبدأ بنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu menulis surat kepada seseorang, hendaklah dia memulakan dengan dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis nombor 952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بشير بن النعمان بن بشير بن سعد الأنصاري، قال: كتب مروان بن الحكم إلى النعمان بن بشير يخطب على ابنه عبد الملك بن مروان أم أبان بنت النعمان، وكان كتابه إليه: بسم الله الرحمن الرحيم، من مروان بن الحكم إلى النعمان بن بشير سلام عليكم … فلما قرأ النعمان الكتاب كتب إليه: بسم الله الرحمن الرحيم، من النعمان بن بشير إلى مروان بن الحكم، بدأت باسمي سنة من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وذلك لأني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا كتب أحدكم إلى أحد فليبدأ بنفسه)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1740)]

(Lemah)
Daripada Bashir bin al-Nu’man bin Bashir bin Sa’di al-Ansari beliau berkata: Marwan bin al-Hakam telah menulis surat kepada Nu’man bin Bashir, untuk dia meminang bagi pihak anak lelakinya ‘Abdul Malik bin Marwan (yang ingin kepada) Ummu Aban binti al-Nu’man. Dan antara intipati tulisannya kepada al-Nu’man: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daripada Marwan bin al-Hakam kepada al-Nu’man bin Basyir: “Salam sejahtera ke atas kamu…”
Sebaik sahaja al-Nu’man membaca tulisan tersebut, beliau segera menulis kepadanya (Marwan bin al-Hakam): Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daripada al-Nu’man bin Basyir kepada Marwan bin al-Hakam. Aku memulakan dengan namaku sebagai mengikut sunnah daripada Rasulullah SAW. Ini kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu menulis surat kepada seseorang, hendaklah dia memulakan dengan dirinya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1740]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs