Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كتب أحدُكم كتابًا، فليُترِّبه، فإنَّه أنجحُ للحاجةِ [ و في التُّرابِ برَكةٌ ].
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu menulis, maka taburkanlah debu tanah di atasnya (untuk mengeringkan dakwat). Kerana ia akan menyebabkan berjayanya hajat, dan pada debu tanah itu adanya keberkatan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis no. 953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إذا كتب أحدكم كتابا، فليتربه، فإنه أنجح للحاجة، [وفي التراب بركة])). [ت، عق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1738)]
(Daif) Daripada Jabir RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu menulis, maka taburkanlah debu tanah di atasnya (untuk mengeringkan dakwat). Kerana ia akan menyebabkan berjayanya hajat, dan pada debu tanah itu adanya keberkatan. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1738]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman