Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا استَأْجَر أَحدُكُم أَجيرًا فَليُعلِمْه أَجرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu mengupah seorang pekerja upahan maka maklumkanlah kepadanya akan upahannya.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis no. 108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن إبن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا استأجر أحدكم أجيرا فليعلمه أجره)). [فر، ((الضعيفة)) (2316)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): Apabila salah seorang kamu mengupah seorang pekerja upahan maka maklumkanlah kepadanya akan upahannya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2316]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman