Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ضرَبَ أحدُكُم خادَمَه فذكرَ اللهَ فليُمسِكْ، (وفي روايةٍ): فارفَعوا أيديَكُم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu memukul khadamnya lalu dia menyebut nama Allah, maka berhentilah (daripada memukulnya). (Dalam satu riwayat): Maka angkatlah tangan kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179, hadis no. 909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدّاً) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعاً: إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فليمسك، (وفي رواية): فارفعوا أيديكم. [ت، عبد ابن حميد، تمام، البغوي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1441)]
(Terlalu Daif) Daripada Ab Sa’id al-Khudri RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang daripada kamu memukul khadamnya lalu dia menyebut nama Allah, maka berhentilah (daripada memukulnya). (Dalam satu riwayat): Maka angkatlah tangan kamu. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, ‘Abd Ibn Humaid, Tammam, al-Baghawi, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1441]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman