Apabila salah seorang kamu meminta pendapat daripada saudaranya hendaklah dia memberikan pendapat kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu meminta pendapat daripada saudaranya hendaklah dia memberikan pendapat kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis nombor 109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جبير – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه)).
[ه، ((الضعيفة)) (2317)].

(Lemah) Daripada Jābir RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang kamu meminta pendapat daripada saudaranya hendaklah dia memberikan pendapat kepadanya.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2317]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.