Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا استشار أحدُكم أخاه فَلْيُشِرْ عليه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu meminta pendapat daripada saudaranya hendaklah dia memberikan pendapat kepadanya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis no. 109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جبير - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه)). [ه، ((الضعيفة)) (2317)].
(Daif) Daripada Jābir RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang kamu meminta pendapat daripada saudaranya hendaklah dia memberikan pendapat kepadanya. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2317]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman