Apabila salah seorang kamu meminta hajat daripada saudaranya, janganlah dia memulakannya dengan pujian nescaya ia akan memotong tulang belakangnya (niat baiknya)

TEKS BAHASA ARAB

إذا طلب أحدكم من أخيه حاجة، فلا يبدأه بالمدحة فيقطع ظهره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu meminta hajat daripada saudaranya, janganlah dia memulakannya dengan pujian nescaya ia akan memotong tulang belakangnya (niat baiknya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(َضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا طلب أحدكم من أخيه حاجة، فلا يبدأه بالمدحة فيقطع ظهره)).
[هب، فر -معلقا-، ((الضعيفة)) (2410)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ) : Apabila salah seorang kamu meminta hajat daripada saudaranya, janganlah dia memulakannya dengan pujian nescaya ia akan memotong tulang belakangnya (niat baiknya).
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu’ab al-Īmān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws secara mu‘allaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2410]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs