Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا طلب أحَدُكُمُ من أخيه حاجة، فلَا يبدأه بالمدحة فيقطع ظَهْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu meminta hajat daripada saudaranya, janganlah dia memulakannya dengan pujian nescaya ia akan memotong tulang belakangnya (niat baiknya).
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis no. 114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(َضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا طلب أحدكم من أخيه حاجة، فلا يبدأه بالمدحة فيقطع ظهره)). [هب، فر -معلقا-، ((الضعيفة)) (2410)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW ) : Apabila salah seorang kamu meminta hajat daripada saudaranya, janganlah dia memulakannya dengan pujian nescaya ia akan memotong tulang belakangnya (niat baiknya). [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu’ab al-Īmān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws secara mu‘allaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2410]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman