Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إذا دخل أحدكم بيته فلا يجلس حتى يركع.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila salah seorang kamu masuk ke rumahnya, janganlah dia duduk sehingga selesai solat dua rakaat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 55-57, hadis no. 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الأزدي: لا أصل له. وقد أخرجه البيهقي من حديث أبي هريرة بلفظ: إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يركع ركعتين وإذا دخل بيته فلا يجلس حتى يركع ركعتين فإن الله جاعل له من ركعتيه في بيته خيرا . وأخرج البزار في مسنده من حديث أبي هريرة: إذا دخلت منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء وإذا خرجت من مجلسك فصل ركعتين تمنعانك من مخرج السوء. قال في مجمع الزوائد: رجاله موثقون . وأخرج سعيد بن منصور عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: صلاة الأوابين صلاة الأبرار وصلاة الأبرار: ركعتان إذا دخلت بيتك وركعتان إذا خرجت.
Al-Azdiy berkata: Tiada Asalnya. Al-Baihaqi turut meriwayatkannya melalui hadith Abu Hurairah dengan lafaz: Jika seseorang dari kamu masuk ke Masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat, dan apabila dia masuk ke dalam rumahnya, maka janganlah dia duduk melainkan solat dua rakaat. Sesungguhnya Allah menjadikan baginya kebaikan dari dua rakaat solatnya di rumahnya. Al-Bazzar juga meriwayatkan di dalam kitab Musnadnya melalui hadith Abu Hurairah: Apabila kamu masuk ke rumahmu, solatlah dua rakaat, ia akan menghalangmu dari pintu masuk kejahatan. Apabila engkau keluar daripada tempat dudukmu, maka solatlah dua rakaat, ia akan menghindarimu dari pintu keluar kejahatan. Al-Haithami berkata: Perawi-perawinya boleh dipercayai. Said bin Mansur meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Solat Awwabin ialah Solat al-Abrar, Solat al-Abrar ialah solat dua rakaat bila kamu masuk ke rumah dan dua rakaat ketika keluar rumah.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman