Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا استفتحَ أحدُكُم، فليرفَعْ يديهِ، وليستَقبِلْ بباطنِهِما القبلةَ، فإنَّ اللهَ أمامَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu ingin memulakan solat, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya, dan dia menghadapkan bahagian batinnya (bahagian dalam/perut tangan) ke arah kiblat. Kerana sesungguhnya Allah di hadapannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis no. 1320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا استفتح أحدكم، فليرفع يديه، وليستقبل بباطنها القبلة، فإن الله أمامه)). [طس، ((الضعيفة)) [(2338)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu ingin memulakan solat, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya, dan dia menghadapkan bahagian batinnya (bahagian dalam/perut tangan) ke arah kiblat. Kerana sesungguhnya Allah di hadapannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2338]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman