Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد أحدُكم السلامَ فَلْيَقُلْ: السلامُ عليكم، فإنَّ اللهَ هو السلامُ، ولا يبدأ قبلَ اللهِ بشيءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu hendak memberi salam maka ucapkanlah: Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu), sesungguhnya Allah itu bersifat al-Salam. Dan janganlah dia memulakan dengan sesuatu perkataan pun sebelum Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis no. 996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة مرفوعا: ((إذا أراد أحدكم السلام فليقل: السلام عليكم، فإن الله هو السلام، ولا يبدأ قبل الله بشيء)). [ع، ابن السني، الدينوري، ((الضعيفة)) (2319)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu hendak memberi salam maka ucapkanlah: Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu), sesungguhnya Allah itu bersifat al-Salam. Dan janganlah dia memulakan dengan sesuatu perkataan pun sebelum Allah. [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Ibn al-Sunni dan al-Dainuri. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2319]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman