Apabila salah seorang kamu bersetubuh, maka hendaklah dia menutup badannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا جامع أحدكم؛ فليستتر، ولا يتجردا تجرد البعيرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu bersetubuh, maka hendaklah dia menutup badannya. Janganlah kedua-duanya tidak berpakaian sebagaimana unta yang tidak berpakaian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis nombor 546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي قلابة عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: إذا جامع أحدكم؛ فليستتر، ولا يَتَجَرَّدَا تجرُّد البعيرين.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (5978)]

(Palsu)
Daripada Abū Qilābah, daripada Nabi SAW telah bersabda: Apabila salah seorang kamu bersetubuh, maka hendaklah dia menutup badannya. Janganlah kedua-duanya tidak berpakaian sebagaimana unta yang tidak berpakaian.
[Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt, Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.