Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جامَع أحدُكم؛ فليستَتِر، ولا يتجرَّدا تجرُّدَ البعيرينِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu bersetubuh, maka hendaklah dia menutup badannya. Janganlah kedua-duanya tidak berpakaian sebagaimana unta yang tidak berpakaian.
Sahabat Perawi
- Abū Qilābah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis no. 546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي قلابة عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: إذا جامع أحدكم؛ فليستتر، ولا يَتَجَرَّدَا تجرُّد البعيرين. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (5978)]
(Palsu) Daripada Abū Qilābah, daripada Nabi SAW telah bersabda: Apabila salah seorang kamu bersetubuh, maka hendaklah dia menutup badannya. Janganlah kedua-duanya tidak berpakaian sebagaimana unta yang tidak berpakaian. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt, Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5978]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman