Apabila salah seorang kamu berdiri semasa solat, hendaklah seluruh tubuhnya dalam keadaan tenang

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم في الصلاة فليسكن أطرافه، ولا يتميل تميل اليهود، فإن تسكين الأطراف من تمام الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu berdiri semasa solat, hendaklah seluruh tubuhnya dalam keadaan tenang. Janganlah dia menggoyangkan badannya (di dalam solat) seperti bergoyangnya golongan Yahudi. Sesungguhnya menenangkan anggota tubuh (semasa solat) adalah antara kesempurnaan solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis nombor 1360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت أبي بكر عن أم رومان – رضي الله عنها – رآني أبو بكر أتميل في الصلاة، فزجرني زجرة كدت أنصرف من صلاتي، ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا قام أحدكم في الصلاة فليسكن أطرافه، ولا يتميل تميل اليهود، فإن تسكين الأطراف من تمام الصلاة)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2691)]

(Palsu)
Daripada Asma’ binti Abu Bakar daripada Ummu Rumman RA: Abu Bakar melihat aku bergoyang-goyang di dalam solat. Lalu beliau menegahku (dengan isyarat bunyi) dengan tegahan yang hampir menyebabkan aku membatalkan solatku. Kemudian beliau (Abu Bakar) berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu berdiri semasa solat, hendaklah seluruh tubuhnya dalam keadaan tenang. Janganlah dia menggoyangkan badannya (di dalam solat) seperti bergoyangnya golongan Yahudi. Sesungguhnya menenangkan anggota tubuh (semasa solat) adalah antara kesempurnaan solat.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2691]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs