Apabila salah seorang kamu berdiri ingin menunaikan solat, hendaklah dia meluruskan tempat sujudnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم إلى الصلاة فليسو موضع سجوده ولا يدعه حتى إذا هوى ليسجد نفخ ثم سجد، فليسجد أحدكم على جمرة خير له من أن يسجد على نفخة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu berdiri ingin menunaikan solat, hendaklah dia meluruskan tempat sujudnya dan janganlah dia meninggalkannya sehingga dia turun untuk bersujud lalu dia menghembuskan (nafas) kemudian dia sujud. Sesungguhnya sujud salah seorang dari kamu di atas bara api lebih baik dari kamu sujud setelah meniupnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis nombor 1358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا قام أحدكم إلى الصلاة فليسو موضع سجوده ولا يدعه حتى إذا هوى ليسجد نفخ ثم سجد، فليسجد أحدكم على جمرة خير له من أن يسجد على نفخة)). [طس، ((الضعيفة)) (2637)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu berdiri ingin menunaikan solat, hendaklah dia meluruskan tempat sujudnya dan janganlah dia meninggalkannya sehingga dia turun untuk bersujud lalu dia menghembuskan (nafas) kemudian dia sujud. Sesungguhnya sujud salah seorang dari kamu di atas bara api lebih baik dari kamu sujud setelah meniupnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.