Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قام أحدُكم إلى الصلاةِ فَلْيُسَوِّ مَوْضِعَ سجودِه ولا يَدَعْهُ حتى إذا هَوِىَ لِيَسْجُدَ نَفَخَ ثم سجد، فَلْيَسْجُدْ أحدُكم على جَمْرَةٍ خَيْرٌ له من أن يسجدَ على نَفْخَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu berdiri ingin menunaikan solat, hendaklah dia meluruskan tempat sujudnya dan janganlah dia meninggalkannya sehingga dia turun untuk bersujud lalu dia menghembuskan (nafas) kemudian dia sujud. Sesungguhnya sujud salah seorang dari kamu di atas bara api lebih baik dari kamu sujud setelah meniupnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis no. 1358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا قام أحدكم إلى الصلاة فليسو موضع سجوده ولا يدعه حتى إذا هوى ليسجد نفخ ثم سجد، فليسجد أحدكم على جمرة خير له من أن يسجد على نفخة)). [طس، ((الضعيفة)) (2637)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang kamu berdiri ingin menunaikan solat, hendaklah dia meluruskan tempat sujudnya dan janganlah dia meninggalkannya sehingga dia turun untuk bersujud lalu dia menghembuskan (nafas) kemudian dia sujud. Sesungguhnya sujud salah seorang dari kamu di atas bara api lebih baik dari kamu sujud setelah meniupnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2637]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman