Apabila salah seorang kamu berasa marah ketika dia sedang berdiri, maka duduklah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا غضب أحدكم وهو قائم؛ فليجلس، فإن ذهب عنه الغضب، وإلا؛ فليضطجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu berasa marah ketika dia sedang berdiri, maka duduklah. Ia dapat menghilangkan perasaan marah darinya. Sekiranya masih belum hilang, hendaklah dia berbaring.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis nombor 707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حرب بن أبي الأسود، قال: كان أبو ذر رضي الله عنه يسقي على حوض له، فجاء قوم، فقال: أيكم يورد على أبي ذر ويحتسب شعرات من رأسه؟ فقال رجل: أنا، فجاء الرجل، فأورد عليه الحوض فدقه، وكان أبو ذر قائماً فجلس، ثم اضطجع، فقيل له: يا أبا ذر! لم جلست ثم اضطجعت؟ قال: فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لنا: ((إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ؛ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ، وَإِلَّا؛ فَلْيَضْطَجِعْ)). [حم، ((الضعيفة)) (6664)]

(Lemah)
Daripada Abū Ḥarb bin Abū al-Aswad, beliau berkata: Ketika Abū Dzar RA sedang mengambil air dari telaga miliknya, kemudian datang sekumpulan manusia dan beliau berkata: Siapakah dari kalangan kamu yang ingin bertemu dengan Abu Dzar (di periginya) dan ingin mencari helaian rambut dari kepalanya? Maka seorang lelaki berkata: Aku. Kemudian lelaki itu datang dan terus ke perigi tersebut lalu mengetuk (kepala)nya. Abu Dzar yang pada ketika itu sedang berdiri terus duduk, kemudian beliau berbaring. Maka dikatakan kepadanya: Wahai Abu Dzar! Mengapakah kamu duduk kemudian kamu berbaring? Maka beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW pernah berkata kepada kami: “Apabila salah seorang kamu berasa marah ketika dia sedang berdiri, maka duduklah. Ia dapat menghilangkan perasaan marah darinya. Sekiranya masih belum hilang, hendaklah dia berbaring”.
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6664]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.